Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian · Bahagian 2 Jadual Pertama; dan

6. Realisasi dan penyenggaraan Standard Pengukuran Kebangsaan

(1)

Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah direalisasikan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14.

(2)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan Standard

Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang didapati perlu oleh

Menteri bagi memperuntukkan cara yang dengannya pengukuran kuantiti yang boleh ukur boleh dibuat berkenaan dengan unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu.

(3)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan bahan rujukan diperakui sebagaimana yang perlu bagi memperuntukkan cara yang dengannya pengukuran kuantiti yang boleh ukur boleh dibuat berkenaan dengan unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu.

Kebolehkesanan pengukuran

Report

Bahagian III

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

Bahagian IV

Majlis Pengukuran Kebangsaan

Bahagian V

Schedules