Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian · Bahagian 2 Jadual Pertama; dan

8. Kebolehkesanan pengukuran di luar Malaysia

(1)

Jika tidak terdapat kebolehkesanan kepada Standard

Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini yang diwujudkan di dalam Malaysia bagi apa-apa pengukuran yang dibuat bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis, pengukuran itu boleh dikesan kepada makmal standard pengukuran negara lain atau kepada makmal tentukuran di negara lain yang diiktiraf di bawah subseksyen (2).

(2)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan boleh mengiktiraf mana-mana makmal standard pengukuran atau mana-mana makmal tentukuran di luar Malaysia sebagai makmal bagi maksud kebolehkesanan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sebelum mengiktiraf mana-mana makmal di bawah subseksyen (2), Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah berpuas hati dengan kebolehan pengukuran makmal itu dan bahawa standard pengukuran atau bahan rujukan yang disenggara oleh makmal itu adalah pada ketepatan yang cukup bagi maksud kebolehkesanan.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 11

Report

Bahagian III

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

Bahagian IV

Majlis Pengukuran Kebangsaan

Bahagian V

Schedules