Skip to content

Seksyen 19

Perintah eksekutif Majlis

of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016

ActIn forceProvision 19 of 46
Seksyen 19
(1)

Apabila suatu perisytiharan dibuat di bawah seksyen 18, Majlis boleh mengeluarkan suatu perintah eksekutif kepada Pengarah Operasi atau mana-mana Entiti Kerajaan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis berhubung dengan kawasan keselamatan itu demi kepentingan keselamatan negara.

(2)

Perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Majlis boleh termasuk pengerahan tugas mana-mana Pasukan Keselamatan atau mana-mana

Entiti Kerajaan lain yang berkaitan ke kawasan keselamatan itu.

(3)

Majlis boleh meminda, menggantikan atau membatalkan perintah eksekutif yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Perintah eksekutif hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Majlis tetapi walaupun begitu ia hendaklah terhenti berkuat kuasa jika perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 18

terhenti berkuat kuasa atau dibatalkan.

Majlis Keselamatan Negara 17