Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 · Updated to 15 Jan 2021 · Bahagian V · Kuasa Khas Pengarah Operasi dan Pasukan Keselamatan yang Dikerah Tugas ke Kawasan Keselamatan
22. Penahanan masuk dan pemindahan orang
Feedback & supportPengarah Operasi boleh, melalui perintah bertulis, menahan masuk mana-mana orang ke kawasan keselamatan atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Pengarah Operasi boleh, melalui perintah bertulis, memindahkan mana-mana orang atau kumpulan orang dari kawasan keselamatan atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan, dan menempatkan semula orang itu atau kumpulan orang itu ke suatu kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Operasi.
Majlis Keselamatan Negara 19
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.