Seksyen 15
of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
Seksyen 15
Perdana Menteri hendaklah, atas syor Ketua Setiausaha
Negara, melantik seseorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Keselamatan Negara.
Majlis Keselamatan Negara 13
(2)
Maka hendaklah dilantik Timbalan-timbalan Ketua Pengarah
Keselamatan Negara dan apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain dalam kalangan pegawai awam yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi maksud menjalankan dan menguatkuasakan peruntukan
Akta ini.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
(4)
Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah.