Skip to content

Seksyen 37

of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016

ActIn forceProvision 37 of 46

Seksyen 37

(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Majlis—

(a)

tiada seorang pun anggota Majlis atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Majlis atau jawatankuasa, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 776

(b)

tiada seorang lain pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Majlis boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.