Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 · Updated to 15 Jan 2021 · Bahagian II · Majlis Keselamatan Negara
9. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & support(1)
Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh—
(a)
jawatan Pengerusi kosong;
(b)
Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
(c)
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.
Majlis Keselamatan Negara 11
(2)
Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.