Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian V

19. Tidak hadir tanpa kebenaran

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

(2)

Mana-mana orang yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Tiap-tiap orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang lain yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

Report

Bahagian VI

Penangguhan Tanggungan untuk Menghadiri

Bahagian VII

Cuti Daripada Penggajian

Bahagian VIII

Pelantikan Jurulatih

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules