Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian VIII · Pelantikan Jurulatih

25. Kuasa Menteri untuk melantik jurulatih

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai awam atau seseorang pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun, atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa disampaikan kepadanya notis oleh atau bagi pihak Menteri supaya berkhidmat sebagai jurulatih atas sifat, di tempat dan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya disampaikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(3)

Jika notis di bawah subseksyen (1) telah diserahkan kepada mana-mana orang itu, Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan notis

20

Undang-Undang Malaysia AKTA 628

itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya notis selanjutnya disampaikan kepada orang itu di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules