Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011 · 9 parts
National Service Training Act 2003
Feedback & supportRegistering for national service training, and a training councilBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara yang dilantik di bawah seksyen 13;
“khidmat masyarakat”—
adalah apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam keseluruhannya, dan termasuklah
8
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
apa-apa kerja yang dilaksanakan yang melibatkan pembayaran kepada pihak berkuasa penjara atau tempatan, daripada apa-apa jenis dan dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh
Mahkamah;
tidak boleh melebihi 240 jam jumlah agregat; dan
hendaklah berada di bawah tanggungjawab Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi khidmat sosial dan masyarakat.
“latihan khidmat negara” ertinya latihan yang hendaklah dijalani oleh orang yang bertanggungan di bawah Akta ini yang mempunyai matlamat khususnya untuk menyediakan remaja Malaysia untuk khidmat negara di bawah Akta Khidmat Negara 1952 [Akta 425] dan amnya untuk mewujudkan suatu negara yang patriotik dan mempunyai semangat yang tidak mudah luntur dan penuh dengan semangat kesukarelaan berpandukan prinsip Rukun
Negara;
“Majlis” ertinya Majlis Latihan Khidmat Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi khidmat negara;
“perakuan penangguhan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20;
“pihak berkuasa yang sepatutnya” ertinya orang yang dilantik oleh Majlis bagi maksud semua atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana jua ungkapan itu terdapat;
“Rukun Negara” ertinya falsafah kenegaraan yang dinyatakan dalam
Jadual.
Latihan Khidmat Negara 9
Bahagian II
Tanggungan bagi Latihan Khidmat Negara
Bahagian III
Majlis Latihan Khidmat Negara
Bahagian IV
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Bahagian V
Bahagian VI
Penangguhan Tanggungan untuk Menghadiri
Bahagian VII
Cuti Daripada Penggajian
Bahagian VIII
Pelantikan Jurulatih
Bahagian IX