Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian VI · Penangguhan Tanggungan untuk Menghadiri

20. Penangguhan tanggungan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara boleh memohon mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk mendapatkan perakuan penangguhan tanggungan untuk dipanggil

16

Undang-Undang Malaysia AKTA 628

menghadiri latihan khidmat negara atas alasan bahawa kesusahan yang luar biasa akan berlaku jika orang itu dipanggil sedemikian, dan dia boleh atas alasan itu memohon mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk mendapatkan pembaharuan apa-apa perakuan penangguhan yang diberikan kepada orang itu.

(2)

Permohonan bagi perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan itu yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya.

(3)

Rayuan boleh dibuat kepada Majlis terhadap apa-apa keengganan pihak berkuasa yang sepatutnya untuk memberikan atau membaharui perakuan penangguhan.

(4)

Permohonan bagi pemberian perakuan penangguhan boleh dibuat dalam masa sepuluh hari selepas penyiaran perintah yang dibuat di bawah seksyen 16, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya mengikut budi bicaranya; dan permohonan untuk membaharui perakuan penangguhan boleh dibuat dalam masa tiga puluh hari sebelum tamat tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau terakhir dibaharui.

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan tentang prinsip yang hendaklah dipakai, dan keadaan yang perlu diambil kira atau tidak diambil kira, dalam menimbangkan apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1)

untuk pemberian atau pembaharuan perakuan penangguhan, dan tentang tempoh yang baginya perakuan penangguhan itu boleh diberikan atau dibaharui.

Report

Bahagian VII

Cuti Daripada Penggajian

Bahagian VIII

Pelantikan Jurulatih

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules