National Service Training Act 2003 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Penangguhan Tanggungan untuk Menghadiri
21. Perubahan keadaan
Feedback & supportJika seseorang pemohon telah meyakinkan pihak berkuasa yang sepatutnya tentang kewujudan apa-apa hal atau keadaan sebagai sebab untuk pemberian atau pembaharuan perakuan penangguhan dan perakuan telah diberikan atau dibaharui sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya akibat daripada peyakinan itu, dan jika pada bila-bila masa sewaktu perakuan itu berkuat kuasa apa-apa perubahan berlaku dalam mana-mana hal atau keadaan itu, orang yang kepadanya perakuan itu diberikan hendaklah memberitahu pihak berkuasa yang sepatutnya tentang perubahan itu dengan segera mengikut cara yang ditetapkan.
Latihan Khidmat Negara 17
Mana-mana orang yang, sebagai orang yang dikehendaki memberitahukan sesuatu perubahan mengikut seksyen ini, tidak berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Jika pada bila-bila masa pada hemat pihak berkuasa yang sepatutnya bahawa, oleh sebab apa-apa perubahan yang disebut dalam subseksyen (1)
atau atas apa-apa sebab lain yang mencukupi, perakuan itu patut dibatalkan atau tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau terakhir dibaharui patut dipendekkan, pihak berkuasa yang sepatutnya boleh membatalkan perakuan itu atau mengubahnya dengan memendekkan tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau dibaharui.