Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

31. Peruntukan am mengenai kesalahan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan terhadap

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(1A)

Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah apabila disabitkan, diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

(2)

Menjadi pembelaan terhadap pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini jika seseorang yang tertuduh membuktikan bahawa dia dihalang mematuhi peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini oleh keadaan yang di luar kawalannya.

Report