Skip to content

Seksyen 4

Keistimewaan notari awam

of Akta Notari Awam 1959

ActIn forceProvision 4 of 9
Seksyen 4
(1)

Tiap-tiap notari awam hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan di tempat amalannya segala kuasa dan fungsi yang biasanya dijalankan oleh notari awam di England:

Dengan syarat bahawa, kecuali bagi maksud subseksyen (2) dan setakat yang perlu untuk melaksanakan subseksyen itu, kuasa itu tidak termasuk kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar berkaitan dengan apa-apa afidavit atau akuan berkanun yang disempurnakan bagi maksud digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di dalam Malaysia, atau untuk mengambil atau mengakusaksikan apa-apa afidavit atau akuan berkanun itu.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa dan fungsi yang diberikan oleh subseksyen (1), seseorang notari awam boleh—

(a)

mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar berkaitan dengan apa-apa afidavit atau akuan berkanun yang disempurnakan—

(i)

bagi maksud mengesahkan atau membuktikan penyempurnaan wajar apa-apa dokumen;

(ii)

oleh mana-mana nakhoda atau anak kapal apa-apa vesel berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai vesel itu; atau

(iii)

bagi maksud digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Malaysia, dan boleh mengambil atau mengakusaksikan apa-apa afidavit atau akuan berkanun itu; dan

(b)

mempunyai dan menjalankan apa-apa kuasa atau fungsi lain yang ditetapkan.