Skip to content

Seksyen 7

Kaedah-kaedah

of Akta Notari Awam 1959

ActIn forceProvision 7 of 9
Seksyen 7
(1)

Jawatankuasa Kaedah, berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak selepas berunding dengan Peguam Besar Negeri yang berkenaan, berkenaan dengan Sabah dan Sarawak, boleh membuat kaedah-kaedah—

(a)

bagi panduan dan pengawalan orang yang berhak menjalankan fungsi notari awam di bawah Akta ini;

(b)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar kepada notari awam;

(c)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar oleh mana-mana orang apabila dilantik sebagai notari awam:

Dengan syarat bahawa tiada mana-mana kaedah sedemikian boleh menghendaki apa-apa fi dibayar berkenaan dengan apa-apa pelantikan sebagai notari awam yang disifatkan telah dibuat menurut subseksyen 8(1); dan

(d)

yang menetapkan kuasa dan fungsi notari awam.

(2)

Segala kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Warta Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.