Seksyen 8
Kecualian
Mana-mana orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini berhak di sisi undang-undang untuk menjalankan amalan sebagai notari awam di dalam Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya (selain seseorang yang berhak menjalankan amalan sebagai notari awam di Negeri Johor menurut seksyen 4 Ordinan Notari Awam 1947 [Ord. 47 tahun 1947]) hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai notari awam mengikut Akta ini untuk menjalankan amalan sebagai notari awam di dalam Semenanjung Malaysia atau (jika dia berhak menjalankan amalan hanya di dalam suatu bahagian Semenanjung Malaysia) di dalam bahagian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
(Ditinggalkan).
(3)
Nama tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sebagai notari awam menurut subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari mula berkuatkuasanya Akta ini, atau suatu tempoh yang lebih lanjut yang dibenarkan oleh Peguam Negara dalam apa-apa hal tertentu, disiarkan dalam Warta; dan penyiaran itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi hak tiap-tiap orang itu untuk menjalankan amalan sebagai notari awam di bawah seksyen ini.