Skip to content

Seksyen 5

Salah laku notari awam

of Akta Notari Awam 1959

ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 5

Jika ternyata pada Peguam Negara atau dalam hal sesuatu pelantikan sementara di Sabah atau Sarawak, pada Peguam Besar Negeri, bahawa mana-mana orang yang menjadi notari awam—

$ ^{} ( a ) $ telah dipotong namanya daripada daftar peguam bela atau terhenti dilesenkan sebagai plider di Negeri Terengganu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b)

telah menjalankan apa-apa fungsi notari awam di luar tempat amalannya,

Peguam Negara atau Peguam Besar Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dengan perintah yang ditandatangani sendiri olehnya, membatalkan pelantikan orang itu dan hendaklah menyebabkan perintah itu disiarkan dalam Warta.