Skip to content

Seksyen 11

Tatacara jika suatu pihak menawarkan untuk terikat dengan sumpah atau ikrar

of Akta Sumpah dan Ikrar 1949

ActIn forceProvision 11 of 14
Seksyen 11
(1)

Jika mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding kehakiman jenis sivil menawarkan untuk terikat dengan mana-mana sumpah

Undang-Undang Malaysia 8

atau ikrar sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 10, jika sumpah atau ikrar itu dibuat oleh pihak yang satu lagi itu atau oleh mana-mana saksi dalam prosiding itu, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menanyai pihak yang satu lagi atau saksi itu, atau menyebabkan dia ditanya, sama ada atau tidak dia akan membuat sumpah atau ikrar itu:

Dengan syarat bahawa tiada pihak atau saksi boleh dipaksa untuk hadir sendiri di mahkamah hanya bagi maksud menjawab soalan itu.

(2)

Jika pihak atau saksi itu bersetuju untuk membuat sumpah atau ikrar sedemikian, mahkamah boleh mengendalikannya, atau, jika lebih sesuai, boleh memberi kuasa mana-mana orang untuk mengendalikannya dan mengambil keterangan daripada orang yang kena bersumpah atau berikrar itu, dan mengembalikannya kepada mahkamah.

(3)

Keterangan yang diberikan demikian hendaklah, terhadap orang yang menawarkan untuk terikat sebagaimana yang disebut dahulu, menjadi bukti muktamad mengenai perkara yang dinyatakan itu.

(4)

Jika pihak atau saksi itu enggan membuat sumpah atau ikrar sedemikian, dia tidak boleh dipaksa untuk membuatnya, dan juga tidak boleh ditanya sebab kenapa dia enggan membuatnya, tetapi mahkamah hendaklah merekodkan, sebagai sebahagian daripada prosiding itu, jenis sumpah atau ikrar yang dicadangkan itu, hakikat bahawa dia telah ditanya sama ada dia mahu membuatnya dan bahawa dia telah menolaknya, berserta dengan apa-apa alasan yang dinyatakannya secara sukarela mengenai keengganannya.

Prosiding dan keterangan tidak dijadikan tidak sah oleh peninggalan sumpah atau ketidakteraturan 12.

Tiada peninggalan untuk mengangkat apa-apa sumpah atau membuat apa-apa ikrar, tiada penggantian mana-mana satu dengan salah satu daripadanya, dan tiada apa-apa jua ketidakteraturan pada bentuk yang salah satu daripadanya dikendalikan, boleh menjadikan tidak sah mana-mana prosiding atau menjadikan tidak boleh diterima apa-apa jua keterangan yang mengenainya atau yang berkenaan dengannya peninggalan, penggantian atau ketidakteraturan itu berlaku, atau boleh menjejaskan kewajipan seseorang saksi untuk menyatakan yang benar.

Sumpah dan Ikrar 9

Orang yang memberikan keterangan terikat untuk menyatakan yang benar