Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Orang yang dikehendaki mengangkat sumpah
(a)
saksi, iaitu, semua orang yang boleh diperiksa dengan sahnya, atau yang memberikan atau dikehendaki memberikan keterangan, oleh atau di hadapan mana-mana mahkamah atau orang yang mempunyai, sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 4, kuasa untuk memeriksa orang itu atau untuk menerima keterangan;
(b)
jurubahasa bagi soalan yang dikemukakan kepada dan keterangan yang diberikan oleh saksi;
(c)
penterjemah; dan
(d)
ahli juri.
(2)
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjadikannya perlu dikendalikan kepada jurubahasa rasmi mana-mana mahkamah, atau kepada jurubahasa yang diperakui dalam penggajian Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri apabila dia sedang menjalankan tugasnya, setelah jurubahasa rasmi atau jurubahasa yang diperakui itu memulakan tugas jawatannya, suatu sumpah bahawa dia akan menunaikan tugas itu dengan sebenar-benarnya.
Sumpah dan Ikrar 7
Jika sumpah dikehendaki ikrar boleh dibuat