Skip to content

Seksyen 5

Mengangkat sumpah di luar Semenanjung Malaysia

of Akta Sumpah dan Ikrar 1949

ActIn forceProvision 5 of 14
Seksyen 5

Apa-apa sumpah atau afidavit yang dikehendaki bagi maksud mana-mana mahkamah atau perkara di Semenanjung Malaysia, atau bagi maksud pendaftaran apa-apa surat cara di mana-mana bahagian Semenanjung Malaysia, boleh diangkat atau dibuat di mana-mana tempat di luar Semenanjung Malaysia di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah di tempat itu:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada seksyen 3 Akta Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 1959 [Akta 348], seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa sumpah yang dikehendaki diangkat bagi maksud Perlembagaan.