Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Hukuman terus kerana sumpah bohong di mahkamah terbuka
(a)
memberikan, pada pendapat Mahkamah yang di hadapannya prosiding kehakiman itu dijalankan, keterangan palsu mengikut pengertian seksyen 191 Kanun Keseksaan
[Akta 574] mengenai sesuatu persoalan material; atau
(b)
dengan sengaja atau dengan disedarinya membuat atau dibuktikan telah membuat dua pernyataan atau lebih yang bertentangan tentang fakta atau fakta yang dikatakan mengenai sesuatu persoalan material, sama ada ketika pemeriksaan yang sama atau di dua pemeriksaan atau lebih, dan pernyataan yang bertentangan itu telah dibuat di hadapan Mahkamah yang dalamnya prosiding kehakiman itu dijalankan atau di hadapan Mahkamah itu dan di hadapan mana-mana Mahkamah atau Mahkamah-Mahkamah lain, dan sama ada kebenaran atau kepalsuan pernyataan tersebut itu masing-masing boleh ditentukan atau tidak, maka sahlah di sisi undang-undang bagi Mahkamah itu untuk memanggil saksi itu untuk memberikan sebab (dengan serta-merta atau pada tarikh kemudian) kenapa dia tidak boleh dihukum secara terus kerana memberikan keterangan palsu dan, jika saksi itu tidak dapat memberikan apa-apa sebab, maka saksi itu hendaklah dihukum secara terus kerana menghina—
(i)
jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;
Undang-Undang Malaysia 10
(ii)
jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Sesyen, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua bulan atau denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit;
(iii)
jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Majistret Kelas
Pertama, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit.
(2)
Apabila apa-apa kuasa yang diberikan oleh seksyen ini dijalankan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau
Mahkamah Majistret, orang yang dihukum itu hendaklah mempunyai hak merayu yang sama seolah-olah dia telah dihukum selepas suatu perbicaraan yang diadakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah, dan peruntukan undang-undang itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3) dan dengan apa-apa pengubahan lain sebagaimana yang perlu, dipatuhi berkaitan dengan apa-apa rayuan sedemikian.
(3)
Mana-mana orang yang dihukum di bawah subseksyen (1)
oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret hendaklah, sebaik selepas hukuman itu diumumkan, diberitahu tentang haknya untuk merayu terhadap hukuman itu.
(4)
Apabila notis rayuan dibuat oleh mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Sesyen atau Mahkamah Majistret yang telah memerintahkan hukuman itu hendaklah menggantung pelaksanaan hukuman itu, dan hendaklah melepaskan orang yang dihukum itu atas terma-terma yang dijamin dengan bon dirinya sahaja.
(5)
Sebagai ganti menjalankan kuasa hukuman terus yang diberikan di bawah subseksyen (1) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengkomitkan secara terus pesalah itu untuk dibicarakan di hadapan mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, dan hendaklah, dalam hal sedemikian, mengikat jamin kesemua orang yang keterangannya difikirkan material oleh mahkamah itu supaya hadir dan memberikan keterangan pada perbicaraan itu; dan mahkamah perbicaraan hendaklah mengambil kognisans mengenai kesalahan itu seolah-olah kehendak perenggan 129(1)(b) dan segala kehendak lain dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dipatuhi.
Sumpah dan Ikrar 11
(6)
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan melucutkan mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini apa-apa hak untuk merayu yang diberikan oleh undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah.
(7)
Seseorang yang telah menjalani apa-apa hukuman pemenjaraan atau telah membayar apa-apa denda yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh dikenakan hukuman bagi kesalahan yang sama.
Pemansuhan