Skip to content

Seksyen 5

Perintah Kehadiran Wajib

of Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954

ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 5
(1)

Jika seseorang, yang tinggal tidak lebih daripada jarak yang ditetapkan dari sesuatu Pusat—

(a)

telah disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang baginya dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan; atau

(b)

boleh dihukum dengan cara ditahan dalam penjara kerana kegagalan membayar denda atau hutang, dan

Mahkamah berpendapat bahawa—

(i)

jika Akta ini tidak diluluskan, orang tersebut akan dihukum dengan secukupnya oleh suatu hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan

(ii)

dengan memberi pertimbangan kepada watak seseorang itu, jenis dan beratnya kesalahan atau hal keadaan dalam mana seseorang itu gagal membayar (mengikut mana yang berkenaan) dan semua hal keadaan lain kes tersebut, adalah tidak suai manfaat untuk menghukumnya ditahan,

Mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman atau hukuman dengan cara menahan, membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib menghendaki seseorang itu hadir setiap hari di Pusat yang dinyatakan di dalam

Perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang boleh dinyatakan di dalam Perintah, dan boleh, untuk selanjutnya menjamin pematuhan yang sewajarnya dengan Perintah tersebut, menghendaki pesalah memasuki bon dengan atau tanpa penjamin.

(2)

Jika Mahkamah mempunyai sebab untuk meragui sama ada mana-mana orang sedemikian berkeupayaan secara fizikal untuk melakukan kerja wajib maka Mahkamah—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 461

(a)

boleh menyebabkan dia menjalani pemeriksaan perubatan;

(b)

tidak boleh membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib melainkan ditunjukkan kepada kepuasan hati Mahkamah bahawa dia memang berkeupayaan; dan

(c)

hendaklah menyatakan di dalam Perintah Kehadiran

Wajib, jika suatu perintah dibuat, apa-apa kerja wajib yang Mahkamah berpuas hati dia tidak berkeupayaan secara fizikal.

(3)

Bilangan jam setiap hari pada masa yang pesalah dikehendaki menjalankan kerja di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi empat tidak termasuk apa-apa lat tempoh yang ditetapkan untuk masa makan, minum atau rehat dan hendaklah, jika pesalah itu terlibat dalam pekerjaan yang berkeuntungan, memenuhi hanya bahagian masa pesalah yang mewakili masa lapangnya.

(4)

Mahkamah hendaklah, sebelum membuat Perintah Kehadiran

Wajib, menjelaskan kepada orang yang berkenaan dalam bahasa biasa kesan Perintah tersebut dan akibat kegagalan mematuhinya dan tidaklah boleh membuat perintah tersebut melainkan seseorang itu menyatakan kesanggupannya untuk mematuhi kehendaknya.