Skip to content

Seksyen 6

Obligasi pesalah

of Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954

ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
(1)

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini dan kepada terma Perintah Kehadiran

Wajib, seseorang pesalah hendaklah, semasa berjalannya kuat kuasa

Perintah tersebut melapor setiap hari pada masa dan tempat sebagaimana yang Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, dengan memberi pertimbangan kepada hal keadaan pesalah, boleh menyatakan.

(2)

Seorang pesalah hendaklah pada setiap hari mengaku janji kerja wajib sebagaimana yang boleh diperintahkan oleh Pegawai

Pusat Kehadiran Wajib, yang kerja itu hendaklah boleh, pada pendapat Pegawai itu, disempurnakan oleh pesalah tersebut dengan memberi pertimbangan kepada keupayaan fizikalnya mengikut bilangan jam yang dinyatakan di dalam Perintah Kehadiran Wajib.

Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 9

(3)

Jika pesalah itu terlibat dalam pekerjaan yang berkeuntungan, masa yang dia diperintahkan untuk melapor pada setiap hari di bawah peruntukan subseksyen (1) hendaklah tidak mengganggu pekerjaan tersebut.