Skip to content

Seksyen 8

Kesalahan

of Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954

ActIn forceProvision 8 of 9
Seksyen 8
(1)

Jika seorang pesalah tanpa sebab yang munasabah—

(a)

gagal pada mana-mana hari untuk melapor mengikut subseksyen 6 (1); atau

(b)

gagal pada mana-mana hari untuk mengaku janji atau untuk menyempurnakan kerja wajib yang diperintahkan di bawah subseksyen 6 (2); atau

(c)

dengan apa-apa cara membuat salah laku semasa sedang atau semasa sepatutnya mengaku janji kerja wajib; atau

(d)

tanpa kebenaran diberi oleh Pegawai Pusat Kehadiran

Wajib dalam keadaan tertentu dan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh ditetapkan, tidak menghadirkan diri di mana-mana tempat di mana dia sepatutnya mengaku janji kerja wajib itu; atau

(e)

gagal dalam apa-apa cara lain untuk mematuhi mana-mana kehendak Perintah Kehadiran Wajib atau peruntukan mana-mana Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini,

Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, selepas siasatan yang sewajarnya, boleh—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 461

(i)

memerintahkan bahawa pesalah dilucut hak apa-apa remitan dari tempoh Perintah yang telah beliau peroleh, tidak melebihi jumlah sebagaimana yang boleh ditetapkan;

(ii)

melaporkan hal keadaan kepada Ketua Pengarah yang boleh memerintahkan bahawa apa-apa remitan lanjut dilucut hak atau bahawa satu laporan bertulis dibuat kepada Mahkamah, pada masa yang sama memberi satu salinan kepada pesalah.

(2)

Apabila menerima laporan tersebut Mahkamah hendaklah menyebabkan pesalah tersebut dibawa ke hadapannya, dan jika berpuas hati atas kebenaran dakwaan, boleh menjatuhkan apa-apa hukuman atau membuat apa-apa Perintah (termasuk Perintah

Kehadiran Wajib) yang Mahkamah boleh menjatuhkan atau membuat jika pesalah pada masa itu telah disabitkan dengan kesalahan yang berkenaan dengannya Perintah Kehadiran Wajib yang asal telah dibuat, elaun yang sewajarnya dibuat untuk bilangan hari pada mana dia telah menyempurnakan tugas hariannya, atau boleh menegur pesalah tanpa menjatuhkan apa-apa hukuman atau membuat apa-apa

Perintah lanjutan.

(3)

Dalam seksyen ini “Mahkamah” ertinya Mahkamah yang melaluinya Perintah Kehadiran Wajib yang asal telah dibuat.