Seksyen 9
Kaedah-Kaedah
of Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954
Menteri boleh membuat Kaedah-Kaedah, yang tidak tak konsisten dengan Akta untuk pengurusan baik dan pentadbiran Pusat
Kehadiran Wajib dan untuk pelaksanaan Akta ini.
(2)
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan makna terdahulu,
Kaedah-Kaedah itu boleh menetapkan bagi semua atau mana-mana maksud atau perkara yang berikut:
(a)
penempatan pegawai Pusat Kehadiran Wajib dengan
Pegawai Penjara atau pengajar dan pengawasan, layanan dan latihan pesalah;
Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 11
(b)
pemeriksaan perubatan, ukuran, pengambilan gambar dan pengambilan statistik, cap jari atau rekod lain pesalah, termasuk sejarah peribadi secara terperinci, dan untuk menghendaki jawapan yang penuh dan benar kepada semua soalan yang dikemukakan kepada seseorang tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan statistik dan sejarah tersebut;
(c)
jenis kerja wajib yang akan diaku janji oleh pesalah;
(d)
remitan tempoh Perintah Kehadiran Wajib yang dibenarkan kepada pesalah yang mematuhi dengan sewajarnya Kaedah-Kaedah yang mengenainya remitan itu akan dibuat;
(e)
pelupusan barang keluaran kerja wajib pesalah;
(f)
amaun remitan yang telah diperolehi yang patut dilucut hak kerana melanggar Akta ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya;
(g)
apa-apa perkara lain yang di bawah Akta ini adalah dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan.
(3)
Segala Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan dengan seberapa segera yang sesuai mungkin di hadapan Dewan Rakyat, dan jika suatu ketetapan Dewan Rakyat diluluskan dalam tempoh tiga bulan selepas apa-apa Kaedah dibentangkan di hadapannya bahawa Kaedah itu hendak dibatalkan, maka Kaedah itu hendaklah mulai dari itu menjadi tidak sah, tetapi tanpa menjejaskan keesahan apa-apa yang dibuat sebelum itu di bawahnya, atau kepada pembuatan Kaedah yang baru.
12
Akta 461
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Perintah
Menteri
Dalam
Negeri
(Pindaan Fungsi) 1956
05-07-1956
L.N.332/1958
Perintah
Perlembagaan
Persekutuan
(Pengubahsuaian
Undang-Undang)
(Ordinan dan Pengisytiharan) 1958
13-11-1958
P.U.
324/1970
Ordinan
Nama
Jawatan,
1949
–
Pemberitahuan Di bawah Seksyen 3
01-01-1971
P.U.
291/2012
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan
(Pemerluasan Dan Ubahsuaian Akta
Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954)
2012
16-09-2012
P.U.
292/2012
Perintah Negeri Sabah (Pemerluasan
Dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib
Pesalah-Pesalah 1954) 2012
16-09-2012
P.U.
293/2012
Perintah Negeri Sarawak (Pemerluasan
Dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib
Pesalah-Pesalah 1954) 2012
16-09-2012
___________
13
Akta 461
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
L.N.332/1958 05-07-1956 13-11-1958 3
L.N.332/1958 05-07-1956 13-11-1958
9
L.N.332/1958 05-07-1956 13-11-1958
15
P.U.
324/1970 01-01-1971
___________