Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VI · Aku Janji dan Notis Ketidakpatuhan
36. Aku janji oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen
Feedback & support(1)
Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh, sebelum suatu notis ketidakpatuhan dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 37, memberikan suatu aku janji kepada Suruhanjaya berkenaan dengan pematuhan mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang memberikan aku janji di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi aku janji itu.