Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian
40. Penubuhan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian
Feedback & supportSuatu Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah ditubuhkan bagi maksud mengkaji semula—
apa-apa suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen 23(8) atau 25(1) atau seksyen 27;
apa-apa penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 25(5);
apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30; dan
apa-apa keputusan kajian semula notis ketidakpatuhan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 38.
Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, melantik anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam
Talian seperti yang berikut:
Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan
Hakim Mahkamah Tinggi; dan
Keselamatan dalam Talian 43
sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan genap anggota yang lebih banyak dalam kalangan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang komunikasi dan multimedia, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi atau perdagangan atau pentadbiran awam atau dalam apa-apa bidang lain yang disifatkan patut oleh Menteri.
Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya.