Skip to content
In forceUpdated to 22 May 2025Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Keselamatan dalam Talian 2025

Feedback & supportRegulating harmful online content and the duties of service providers

Long title

Suatu Akta untuk meningkatkan dan mengalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

In force · Updated to 22 May 2025

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan dalam

Talian 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia 10

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Akta ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

apa-apa perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan akses internet yang membolehkan komunikasi dibuat antara pengguna-pengguna;

(b)

apa-apa perkhidmatan aplikasi kandungan yang menggunakan perkhidmatan akses internet untuk menyediakan kandungan; dan

(c)

apa-apa perkhidmatan rangkaian.

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi ciri-ciri pesanan peribadi apa-apa perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “ciri-ciri pesanan peribadi”

ertinya ciri-ciri yang membenarkan seseorang pengguna untuk menyampaikan suatu kandungan kepada sebilangan penerima yang khusus dan terhad yang ditentukan oleh pengguna itu dan boleh mengandungi apa-apa sifat yang lain sebagaimana yang ditetapkan.

(1)

Akta ini hendaklah terpakai di dalam dan di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia jika orang itu memberikan apa-apa perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau perkhidmatan rangkaian di suatu tempat di dalam Malaysia dan merupakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

[Akta 588].

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “tempat” ertinya suatu titik daripada apa-apa jenis atau perihalan sama ada di darat, di atmosfera, di angkasa lepas, di bawah tanah, di bawah air, di laut atau di mana-mana jua.

Keselamatan dalam Talian 11

(4)

Bagi maksud seksyen ini, suatu tempat yang berada—

(a)

di atau di bawah stratosfera; dan

(b)

di atas had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya, dianggap sebagai suatu tempat di dalam had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya.

s 4Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“data komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

“kandungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“kandungan memudaratkan” ertinya mana-mana kandungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“kandungan memudaratkan prioriti” ertinya kandungan memudaratkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“kod” ertinya kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 80;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;

Undang-Undang Malaysia 12

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis, atau mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 52;

“pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan aplikasi yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan di bawah

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pengguna” ertinya—

(a)

seorang pengguna perkhidmatan aplikasi yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen;

atau

(b)

seorang pengguna perkhidmatan aplikasi kandungan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen;

“perkhidmatan aplikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“perkhidmatan aplikasi kandungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“perkhidmatan rangkaian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“sistem komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589].

Keselamatan dalam Talian 13

Bahagian II

Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian

Bahagian III

Kewajipan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Berlesen dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Berlesen

Bahagian IV

Pelaporan Kandungan Memudaratkan

Bahagian V

Kuasa Suruhanjaya

Bahagian VI

Aku Janji dan Notis Ketidakpatuhan

Bahagian VII

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules