Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VI · Permohonan, Tatacara bagi Pemberian dan Jangka Masa
23A. Permohonan oleh pemastautin hendaklah difailkan di Malaysia dahulu
Feedback & supportTiada seorang yang merupakan pemastautin boleh, tanpa kebenaran bertulis yang diberikan oleh Pendaftar, memfailkan atau menyebabkan difailkan di luar Malaysia suatu permohonan bagi mendapatkan paten bagi suatu reka cipta melainkan jika—
suatu permohonan bagi mendapatkan paten bagi reka cipta yang sama telah difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan di luar
Malaysia itu; dan
sama ada tiada arahan telah dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 30A berhubung dengan permohonan itu atau semua arahan sedemikian sudah dibatalkan.
Sesuatu permohonan bagi pemberian kebenaran bertulis oleh
Pendaftar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pemastautin mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.