Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian V · Hak Kepada Suatu Paten
18. Hak kepada suatu paten
Feedback & supportMana-mana orang boleh membuat permohonan bagi mendapatkan paten sama ada dengan sendiri atau bersesama dengan orang lain.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, hak kepada sesuatu paten hendaklah dipunyai oleh pereka cipta.
Jika dua orang atau lebih secara bersesama telah membuat sesuatu reka cipta, hak kepada suatu paten hendaklah dipunyai oleh mereka bersesama.
Jika dua orang atau lebih telah membuat reka cipta yang sama secara berasingan dan bebas, dan setiap seorang daripada mereka telah membuat permohonan bagi mendapatkan paten, hak mendapatkan
Paten 23
paten bagi reka cipta itu hendaklah dipunyai oleh orang yang permohonannya mempunyai tarikh prioriti yang paling awal.