Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

79. Kuasa Pendaftar untuk meminda permohonan paten

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon untuk mendapatkan paten mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda permohonan paten, atau apa-apa dokumen yang dikemukakan di

Pejabat Pendaftaran Paten berhubung dengan permohonan itu, bagi maksud—

(a)

membetulkan salah tulis atau kesalahan ketara; atau

(b)

menukar nama atau alamat pemohon atau pereka cipta.

(1A)

Permintaan bagi pindaan yang disebut dalam perenggan (1)(b)

tidak boleh dibenarkan jika prosiding Mahkamah berhubung dengan hak kepada permohonan paten di bawah seksyen 19 belum selesai.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

(1B)

Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, atau abstrak, permohonan paten, dengan syarat bahawa pindaan itu tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal sebagaimana yang difailkan.

(2)

Tiap-tiap permintaan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Report