Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XII · Pelanggaran
58. Tindakan yang disifatkan pelanggaran
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen 37(1), (2) dan (3) dan seksyen 38, suatu pelanggaran terhadap paten hendaklah terdiri daripada pelaksanaan mana-mana tindakan yang disebutkan dalam subseksyen 36(3) di Malaysia oleh seorang yang lain daripada pemunya paten dan tanpa persetujuan pemunya paten itu berhubung dengan suatu keluaran atau suatu proses yang termasuk dalam skop perlindungan bagi paten itu.