Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VII · Hak Pemunya Paten
37. Section 37
Feedback & supportHak di bawah paten hendaklah meliputi hanya tindakan yang dilakukan bagi maksud perindustrian atau perdagangan dan tidak boleh meliputi tindakan yang dilakukan bagi maksud eksperimen atau penyelidikan saintifik.
Hak di bawah paten tidaklah boleh meliputi tindakan yang dilakukan bagi membuat, mengguna, menawar untuk jualan atau menjual sesuatu reka cipta yang dipaten semata-mata untuk kegunaan yang semunasabahnya berhubung dengan pembangunan dan penyerahan maklumat kepada pihak berkuasa yang relevan sama ada
Paten 49
dalam Malaysia atau luar Malaysia yang mengawal selia pengilangan, penggunaan atau penjualan keluaran farmaseutikal.
Tanpa menjejaskan seksyen 58A, hak di bawah paten tidaklah meliputi tindakan berkenaan dengan keluaran yang telah dipasarkan—
oleh pemunya paten itu;
oleh seseorang yang mempunyai hak yang disebutkan dalam seksyen 38;
oleh seseorang yang mempunyai hak yang disebutkan dalam seksyen 43;
oleh benefisiari suatu lesen wajib dalam erti seksyen 48.
Hak di bawah paten tidak boleh meliputi penggunaan reka cipta yang dipaten pada mana-mana vesel, pesawat udara, pesawat angkasa atau kenderaan darat negara asing yang memasuki Malaysia secara sementara atau tidak sengaja.
Hak di bawah paten adalah terhad jangka masanya sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 35.
Hak di bawah paten adalah terhad oleh peruntukan seksyen 35A oleh peruntukan ke atas lesen wajib sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 51 dan 52 dan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Kerajaan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 84.
Hak yang diperoleh daripada pengilangan atau penggunaan terdahulu