Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VIII · Permohonan Paten dan Paten Sebagai Objek Harta
40. Keempunyaan bersama permohonan paten atau paten
Feedback & supportDengan tiadanya sesuatu perjanjian yang berlawanan di antara pihak-pihak itu, pemunya bersama sesuatu permohonan paten atau paten boleh, secara berasingan, menyerah hak atau memindah hak
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
mereka dalam permohonan paten atau paten, mengeksploit reka cipta yang dipaten dan mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang mengeksploit reka cipta yang dipaten tanpa keizinan mereka, tetapi hanya boleh secara bersesama menarik balik permohonan paten itu, menyerahkan paten itu atau membuat suatu kontrak lesen.