Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XIII · Kesalahan

64. Tuntutan paten yang tidak dibenarkan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang membuat representasi secara palsu bahawa sesuatu perkara dilupuskan olehnya dengan mengharapkan balasan berharga adalah satu keluaran atau proses dipaten, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, tertakluk pada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang dengan mengharapkan balasan berharga melupuskan sesuatu artikel yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau dengan jalan lain digunakan padanya perkataan “paten” atau “dipaten” atau apa-apa perkara yang menyatakan atau mensiratkan bahawa artikel itu adalah suatu keluaran yang dipaten, hendaklah dikira sebagai menggambarkan yang artikel itu ialah suatu keluaran yang dipaten.

(3)

Subseksyen (1) tidak terpakai sekiranya representasi dibuat berkenaan dengan suatu keluaran selepas paten bagi keluaran itu atau,

Paten 71

Report

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules