Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Pendaftaran dan Levi Pembangunan Sumber Manusia
14. Pengenaan levi
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 19, maka hendaklah dibayar oleh tiap-tiap majikan yang baginya Akta ini terpakai suatu levi pembangunan sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar satu peratus daripada upah bulanan pekerja.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Mana-mana majikan yang tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3)
tidaklah menjejaskan hak Perbadanan untuk mendapatkan amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah Akta ini oleh majikan.