Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Pendaftaran dan Levi Pembangunan Sumber Manusia
15. Pengenaan levi bagi majikan yang memilih untuk didaftarkan
Feedback & supportWalau apa pun subseksyen 14(1), seseorang majikan dalam kelas yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh memilih untuk didaftarkan dengan Perbadanan, dan pendaftaran itu hendaklah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Apabila didaftarkan di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dibayar oleh majikan itu suatu levi pembangunan sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar 0.5 peratus daripada upah bulanan pekerja itu.
Sekiranya berlaku apa-apa keingkaran dalam pembayaran mana-mana levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), peruntukan subseksyen 14(3) dan (4) hendaklah terpakai.
18
Undang-Undang Malaysia
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) meningkat kepada lebih daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam