Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian II · Perbadanan
5. Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga pengarah
Perbadanan, yang hendaklah bertanggungjawab bagi dasar dan pentadbiran am hal ehwal dan perniagaan Perbadanan, hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang, walau apa pun seksyen 128 Akta Syarikat 1965, hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi bukan eksekutif;
seorang Pengarah Urusan;
dua orang pegawai Kerajaan Persekutuan;
tiga orang anggota daripada sektor swasta; dan
dua orang anggota daripada masyarakat antarabangsa.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak dan patut untuk bertindak dan membantu Perbadanan mencapai objektifnya.
Pengarah Urusan hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif
Perbadanan dan hendaklah diamanahkan dengan pentadbiran hari ke hari Perbadanan.
Peruntukan dalam Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi
Lembaga.
Bahagian III
Pemerolehan Modal Syer Perbadanan Oleh Menteri Kewangan
Bahagian IV
Jaminan Oleh Kerajaan
Bahagian V
Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
Bahagian VI
Pengurusan Aset dan Tanggungan
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX