Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Perbadanan

7. Pendedahan kepentingan

(1)

Seorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang dibentuk oleh Lembaga yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah mendedahkan kepada Lembaga atau jawatankuasa kewujudan kepentingannya itu dan sifat kepentingannya itu.

(2)

Suatu pendedahan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga atau jawatankuasa itu.

(3)

Apabila pendedahan di bawah subseksyen (1) dibuat, anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga atau jawatankuasa itu, berhubungan dengan perkara itu.

(4)

Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 17

Report

Bahagian III

Pemerolehan Modal Syer Perbadanan Oleh Menteri Kewangan

Bahagian IV

Jaminan Oleh Kerajaan

Bahagian V

Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan

Bahagian VI

Pengurusan Aset dan Tanggungan

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules