Malaysia legislation

Section 24

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 24

(1)

Tertakluk kepada subperaturan 6(2), pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah –

(a)

memungut sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah dari tempat pemungutan;

(b)

menjalankan perkhidmatan pemungutan mengikut apa-apa cara yang meminimumkan kebisingan, kacau ganggu dan gangguan kepada mana-mana orang; dan

(c)

jika bekas disediakan, memastikan bahawa penutup bekas ditutup selepas pemungutan dan bekas itu dikembalikan ke tempat pemungutan.

P.U. (A) 307 25

(2)

Seseorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Kewajipan pemegang lesen yang bertanggungjawab