Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

18. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Perbadanan sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,

Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

(4)

Menteri boleh mengarahkan Perbadanan supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Report

Bahagian V

Kuasa-Kuasa Lain Perbadanan

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules