Seksyen 13
of Akta Perbadanan Labuan 2001
Seksyen 13
Suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai
“Kumpulan Wang Perbadanan Labuan” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan adalah ditubuhkan.
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada pinjaman yang diberikan oleh Perbadanan;
(c)
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d)
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
(f)
jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g)
segala jumlah wang atau harta lain, selain wang yang disebut dalam subseksyen 17(2), yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang