Seksyen 9
of Akta Perbadanan Labuan 2001
ActIn forceProvision 9 of 39
Seksyen 9
(1)
Tanpa menjejaskan peruntukan lain Akta ini, Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan kepada Pengerusi semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diletakhakkan pada atau dikenakan ke atas
Perbadanan oleh Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
(3)
Tiap-tiap pewakilan di bawah subseksyen (2) hendaklah disiarkan dalam Warta.