Skip to content

Seksyen 26

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 26 of 39

Seksyen 26

(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat

Perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.