Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian II · Pemindahan Pengusahaan Pelabuhan dan Rancangan Penswastaan Pelabuhan
4. Pemindahan pengusahaan pelabuhan
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan pihak berkuasa pelabuhan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 5, mempunyai kuasa untuk memindahkan atau melupuskan kesemua atau mana-mana bahagian pengusahaan pelabuhannya kepada mana-mana pengendali yang dilesenkan di bawah Akta ini.