Skip to content

Seksyen 7

Liabiliti berkenaan dengan pengusahaan pelabuhan

of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990

ActIn forceProvision 8 of 25
Seksyen 7
(1)

Jika mana-mana pengusahaan pelabuhan hendak dipindahkan kepada pengendali berlesen pihak berkuasa pelabuhan hendaklah mengenal pasti liabilitinya berhubung dengan pengusahaan tersebut dalam rancangan penswastaan pelabuhan.

(2)

Liabiliti yang telah dikenal pasti itu hendaklah kekal sebagai liabiliti pihak berkuasa pelabuhan melainkan kepada takat mana-mana perjanjian bertulis yang berlawanan di antara—

(a)

pihak berkuasa pelabuhan;

(b)

pengendali berlesen;

(c)

orang yang kepadanya liabiliti itu tertanggung; dan

(d)

mana-mana penjamin liabiliti itu.