Skip to content

Seksyen 5

Rancangan penswastaan pelabuhan

of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990

ActIn forceProvision 6 of 25
Seksyen 5
(1)

Sebelum menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4, pihak berkuasa pelabuhan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Menteri rancangan penswastaan pelabuhan untuk kelulusannya.

(2)

Rancangan penswastaan pelabuhan yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah—

(a)

mengenal pasti pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan;

(b)

menyatakan nilai anggaran pengusahaan tersebut;

(c)

menyatakan jenis dan takat liabiliti, jika ada, yang hendak dipindahkan;

(d)

menyatakan cara pengusahaan dan liabiliti tersebut hendak dipindahkan atau dilupuskan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

(e)

menyatakan perkiraan yang berhubungan dengan pemindahan pegawai dan pekhidmat yang relevan daripada pihak berkuasa pelabuhan kepada bakal pengendali;

(f)

menyatakan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(3)

Jika apa-apa perkara tidak dimasukkan ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan dan Menteri fikirkan bahawa ia hendaklah dimasukkan, Menteri boleh mengarah pihak berkuasa pelabuhan untuk menimbangkan perkara itu dan melaporkan kepada Menteri mengenai kemasukannya ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan itu.

(4)

Tiada rancangan penswastaan pelabuhan boleh dilaksanakan sehingga ia telah diluluskan oleh Menteri.

(5)

Tiap-tiap rancangan penswastaan pelabuhan hendaklah dilaksanakan di dalam bentuk yang telah diluluskan oleh Menteri.

(6)

Menteri boleh memberi kelulusan untuk sebahagian daripada rancangan penswastaan pelabuhan jika Menteri fikirkan sesuai dan

Akta ini hendaklah terpakai bagi bahagian itu sepertimana ia adalah suatu rancangan penswastaan pelabuhan.

(7)

Menteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa pelabuhan sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau atas permohonan pihak berkuasa pelabuhan, meminda mana-mana rancangan penswastaan pelabuhan yang telah diluluskan.