Seksyen 19
of Akta Pencegahan Jenayah 1959
Seksyen 19
Mana-mana orang yang dengan diketahuinya menyembunyi atau melindungi mana-mana orang yang memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung berlanggaran dengan mana-mana perintah di bawah seksyen 15 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau kedua-duanya: dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi hal seorang isteri yang melindungi atau menyembunyikan suaminya atau seorang suami yang melindungi atau menyembunyikan isterinya.
(2)
Mana-mana orang yang menyedari kehadiran mana-mana orang dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung, yang bukannya suami atau isteri orang yang pertama disebut itu, yang telah diperintahkan supaya jangan memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung atau telah diperintahkan supaya bermastautin di manamana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, dan juga menyedari perbuatan perintah sedemikian, hendaklah jika tidak ada alasan yang munasabah, bukti baginya adalah terletak ke atasnya, dengan serta-merta memberi maklumat mengenainya kepada pegawai polis atau Majistret yang terdekat, dan jika tidak berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau keduaduanya.