Skip to content
In force1983 Revised EditionRead it in English

Bahagian IV · Akibat Pendaftaran

16. Section 16

Feedback & support
(1)

Tiada mana-mana orang berdaftar boleh bergaul dengan atau secara lazimnya berkawan dengan mana-mana orang berdaftar lain tanpa kebenaran Pegawai yang Menjaga Daerah Polis dalam mana dia bermastautin, melainkan dia membuktikan bahawa dia tidak tahu dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyakki bahawa orang lain itu adalah orang berdaftar.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

16

Report