Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian VI · Kesalahan
55. Pembayaran wang dilarang
Feedback & supportTiada wang atau balasan lain boleh, atas apa-apa jua pun alasan, kena dibayar, dibayar, diberi atau dijanjikan, kepada seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara, oleh atau bagi pihak seseorang banduan, sama ada pada masa dia—
dimasukkan ke dalam;
dikomitkan ke;
terus berada dalam;
dilepaskan secara parol dari; atau
dibebaskan dari, sesuatu penjara.
Seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan, Pegawai
Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara, yang menerima atau meminta dari atau bagi pihak seseorang banduan—
apa-apa wang atau balasan lain;
janji mengenai wang atau balasan lain;
menjalankan apa-apa perkhidmatan sebagai balasan untuk menerima atau dijanjikan wang atau balasan lain, bagi apa-apa maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 537